Monday, December 28, 2015

Doa Pagi


Sahabatku yg sentiasa diingati...semoga sahabatku ini  dan seisi keluarganya serta kita semua akan sentiasa mendapat  keberkatan hidup di dunia dan akhirat...dan sentiasa dlm perlindungan Allah swt..inshaaAllah.
                        
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ 
وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya الله Ya Rahman Ya Rahim, pada awal pagi isnin yg penuh dengan nikmat ini kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya الله semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar

Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.

Ya الله bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya الله takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.

Ya الله bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya الله .

Ya الله sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya الله ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya الله .

Ya الله , jadikanlah kami redha pada  sesuatu yang mengecewakan hati kami.

Ya الله kami percaya Ya الله Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.

Ya الله , dorongilah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.

Ya الله Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya الله .

Ya الله sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari2 mendatang.

Tapi Ya الله , andainya hari ini hari terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan cahaya iman, menerangi kasih sayangMu. 
َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa suami/isteri dan anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .   
                                                   
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

 

2 surat cinta:

Salina@IbuAqil said...

Aamiin Ya Rabb!!

Dewi Aja said...

Hello Admin!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri