Wednesday, June 10, 2015

SEMANGAT YANG HILANG





AYUH SAHABAT…KEMBALIKAN SEMANGAT MU!

Mulakan hidup anda hari ini dengan penuh keceriaan bersama sinaran cahaya mentari pagi yang cerah dengan penuh semangat, berfikiran positif dan penuh tenaga! Sinaran baru untuk anda...

Lupakan seketika segala kesedihan dan kepedihan seperti hilangnya kegelapan pabila di terangi sinaran mentari pagi yang terang. Lupakan segala kesakitan dan kegagalan semalam umpama mentari pagi yang megah menyinar menerangi alam dan terus bersinar terang serta naik meninggi tanpa rasa gentar.

Kembalikanlah semangat dan kekuatan anda untuk teruskan melangkah. Lupakanlah segala yang menjadi penghalang, teruslah maju kehadapan...

Sinaran mentari pagi yang muncul, mula menunjukkan tenaganya. Semakin lama semakin meninggi dan semakin terang untuk menerangi alam ini. Jadikan ianya sebagai satu semangat dan kekuatan untuk kita menempuh hari ini. Semangat untuk mengharungi segala cabaran! Semangat untuk berjaya! 

Semoga anda dapat memulakan hari ini dengan penuh semangat dan ceria. Semoga anda mendapat kekuatan dan semangat dalam menempuh segala halangan dan cabaran yang menanti dan semoga sinaran cahaya mentari pagi ini memberikan anda satu permulaan dan semangat baru agar melupakan semalam yang sepi dan muram.

Umpama sinaran cahaya mentari yang menerangi alam yang indah ini, begitulah juga terangnya jalan yang tersedia untuk anda. Berfikiranlah dengan positif dan penuh bersemangat! Semoga ianya memberi sinaran baru buat permulaan yang cemerlang!

by - Datuk Dr Maznah Hamid

0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri