Friday, March 23, 2012

Usaha, Doa, Tawakal dan Pengharapan kepadaNYA

InsyaAllah... berkat Sayyidul Aiyam..... moga2 kali ni jumpalah penawarnya... cuma nak merebus2 akar... untuk dibuat mandi dan minum tu yang kena usaha sikit. al-maklum duduk asrama... celah mana nak dapat dapuQ gas rebus2 segala tu kan? ustaz siap sarankan guna water heater.. ngehngeh... lagi sonang. kalau x, mau kena mencari rumah ustaz tu pulak sebab dia offer nak tolong rebuskan... apapun, i'll try my best! nak cepat sembuh kan???? so, kena la usaha lebih sikit... oppsss... tetiba masuk topik nih.. xtau mana mula mana hujung pangkal...

begini... entry sebelum saya ada bgtau pasal masalah kulit saya yang dekat lengan.. xtau apa punca, jenis penyakit... jumpa doktor, ambik ubat farmasi segala... tapi still xbaik2.. macam gituuuuu jugak.. nak mandi punya la derita sengsara... al-kisah, hari ni di uniSZA kebetulan ada program dan ustaz2 dari Pusat Rawatan Darul Syifa' turun padang buat rawatan kat sini... ustazah2 pun ada jugak..jadi saya xlepas peluang yang ada, terus pergi berubat... lepas bgtau details kat ustaz tu, jadi, dia sarankan ubat2 tradisional... rebus segenggam akar kemuncup.. pastu campur dengan air bersih dan air yang telah dibacakan doa tadi untuk dibuat mandi. lagi satu, rebus akar pokok inai india dan akar daun limau purut untuk dibuat minum bersama2 dengan air penawar tadi.. insyaAllah, mujarab.. kena yakin pastu tawakal...

bak kata orang, time2 preggy ni lah macam2 sakit yang datang... itulah nikmat yang xterhingga Allah nak bagi..yelah, kalau xngandung xmerasa kan? nikmat sebenarnya ni.... =) Alhamdulillah, saya xterlepas dari nikmat itu.. baru2 ni pun, pergi check up HB turun sangat2... sampai nurse bagi taklimat pulak. ngeeee~ dia suruh makan itu, makan ini..sebagai contoh, nak bagi naik balik kena makan daging, hati ayam, hati lembu, kerang, sayur bayam, ikan bilis, ikan, ayam..etc.... ate, organ2 dalaman yang boleh tambah darah memang teman xpernah makan dan memang xmakan... kerang pun xmakan.. senang cerita, benda2 yang boleh tambah darah tu saya xmakan.. jadinya, lepas2 check up hari tu terus terjah kedai makan... order daging goreng 1bungkus! haaa meratah la... then yang paling terharu skali bila................



incik suami tolong gorengkan ikan bilis 1balang.... buat sambal ikan bilis 1peket dan goreng kacang dal... semata2 untuk kesihatan saya.. yelah, lepas nurse bagi taklimat risiko2 tu, macam risau pulak.. tu yang terus dia buatkan then pos kat saya... =) ... insyaAllah, moga2 berhasil dan ada perubahan yang positif..


itulah, dalam Islam pun kalau kita nak buat apa2... ditimpa musibah, nak berjaya, nak hidup senang, kenalah ada usaha tu... then berdoa mintak padaNYA... pastu baru tawakal... bila dah tawakal baru boleh berharap.. tapi, jangan pulak berhenti berharap kalau benda yang kita nakkan tu xdapat2.. mungkin Allah xnak bagi lagi time tu dan mungkin ada hikmahnya.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.. DIA xtengok apa hasil yang kita dapat, tapi DIA tengok usaha yang kita buat.. oppsss, usaha tu biarlah yang bertepatan dengan syarak, jangan main2 ilmu hitam, sihir2 pulak.. itu syirik namanya... hah, panjang pulak berceloteh, kalau mengarang tesis macam pasang enjin turbo cenggini kan bagus!



2 surat cinta:

kai said...

byk2 berdoa padanya semoga semuanya selamat

cha zainol said...

wah. bagus suami awak. kirim doa banyak2 ya.

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri