Saturday, March 17, 2012

Emosi Ibu Hamil

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah sekian lama membiarkan blog ini sepi tanpa kata. Belek2, tengok Januari only 2 entry.. Februari empty.. and March, maybe ini satu2nya.. kihkih.. nak cakap xon laptop, on jugak tiap2 hari.. FB pun on jerk.. blogwalking kadang2.. tapi just be a silent reader.. yang banyaknya sekarang ni blogwalking dekat blog2 info perihal pregnancy..hihihi.. pastu blogshop barang2 baby.. =) itu yang menjadi keutamaan. survey lah katakan..almaklum nak buat bajet..bajet itu penting kan? supaya kita bijak berbelanja dan tidak berlebihan.. gituuu... ok selain dari alasan tu, ada jugak alasan2 sampingan yang lain. menyiapkan tesis saya yang masih berbaki 2 bab lagi..so far, masih berjalan dengan baik, walaupun dah dekat 3minggu masih lagi ber'pause' di bab 2. ngehngeh... nak masuk bab 3 kena turun buat field work. al-kisahnya, kajian saya buat di sekolah. minggu lepas sekolah coti... jadinya, terpaksa postpone lah.. next week, insyaAllah.... moga dipermudahkan segala urusan.. cepat siap tesis saya ni, lega sikit... sementara perut masih belum memboyot. ngeeee~ 

cakap pasal boyot ni, alhamdulillah... semalam cukup 20minggu, means 5 bulan.. keadaan kesihatan masih dalam keadaan stabil.. cuma, biasalah... sakit sikit2 tu..orang kata perubahan horman kan. banyak juga saya cari info perihal pregnancy ni. situasinya kalau ada benda pelik2 sikit, terus tanya pakcik google. xpun makcik Farah. hehehe... my sis pun banyak bagi panduan dah seolah2 doktor peribadi pulak. fair la kan... dulu saya nurse peribadi dia. kui2... setakat ni saya cuma alami gusi bengkak, sampai 3,4 hari jugak bermenukan bubur.. pagi, tengahari, malam... asyikasyikasyikasyik makan bubur je.. hihihi.. muak jugak, tapi apakan daya.. demi anak dalam kandungan... =) ... selain tu, sakit2 kepala... penat sikit2.. ok yang tu biasa.. sekarang ni dah mula rasa sakit2 pinggang.. tapi xkerap la. cuma kalau terlebih makan.. =P & duduk lama...
oh, masalah kulit pun saya ada alami jugak. ok yang ni saya xpasti kenapa.. eceli dah dekat 2bulan. sejak dari Januari lagi. sampai sekarang xbaik2. dah sapu krim bagai... tapi masih belum nampak tanda2 nak baik. nak merebak lagi adaaaaa.. adeh.. bikin umi risau saja. bukan apa, risau takut2 effect pada kandungan je. maklumlah, anak sulung.. xda pengalaman lagi =) .. 

ok, EMOSI jugak adalah antara masalah paling besar saya hadapi. yang ni xtau nak explain macam mana. hanya ibu-ibu mengandung saja yang memahami.. yang xmengandung tu mungkin xfaham.. ok xpe.. i'm try to be a positive, kerna anda belum pernah merasainya.. jangan risau, masing2 ada bahagian masing2... anda pasti turut merasainya & masa tu, anda akan faham... =)  *ok2, dah. xpayah nak emosi sangatlah* pasal emosi ibu mengandung ni saya nak kongsi sedikit info yang saya dapat.. jom cekidaut!

Di awal kehamilan


Kebiasaannya bakal ibu akan dibayangi perasaan takut terhadap kemungkinan berlakunya keguguran. Ada di antara mereka yang merasakan cemas berlebihan apatah lagi kehamilan tersebut adalah yang pertama. Selain cemas, perasaan dipinggirkan oleh orang di persekitaran juga kerap dirasakan. Ibu hamil mungkin merasa tertekan kerana keinginan untuk terus bercerita tentang kehamilan sedangkan rakan yang lain pula kurang berminat.

Sekiranya ada ibu hamil merasai keadaan sedemikian maka carilah kelompok dari kalangan ibu hamil juga supaya masing-masing dalam meluahkan perasaan dan bertukar pandangan. Selalunya gejolak emosi tersebut merupakan satu pernyataan atau keinginan supaya diri lebih diberi perhatian oleh orang sekeliling terutamanya suami. *suami saya jauh... =(  memang xda orang yang pedulikan saya. uhuk..uhuk.. =P*  Ia memang wajar sekali buat ibu hamil. Namun jika perubahan emosi tersebut sudah masuk ke tahap kemurungan maka sebaiknya diawasi. *alhamdulillah, saya masih mampu untuk mengawalnya. banyak2 berdoa.. Allah sentiasa ada bersama kita.. =)*
Kemurungan akan menyebabkan pembuluh darah di rahim mengecut sehingga menyebabkan aliran darah ke rahim berkurang. Sekali gus membuatkan aliran darah ini ke janin berkurang dan janin akan menerima lebih sedikit oksigen dan nutrisi. Selain itu, ibu hamil yang murung juga akan menyebabkan anak yang lahir turut menunjukkan gejala tersebut misalnya hiperaktif ataupun lebih banyak meragam.


Trismeter Kedua


Masuk bulan keempat usia kehamilan, perasaan cemas dan risau umumnya akan beransur hilang. Ia diganti dengan perasaan sangat bahagia terutama bila bakal ibu sudah dapat merasakan gerakan janin. * =) inilah yang saya alaminya sekarang!* Dari sudut lain, perhatian penudah dari pasangan sejak awal diberitakan hamil akan membuatkan bakal ibu begitu "bergantung" kepada suami. Jadi tak hairan bila suami hanya mengabaikan sedikit saja isterinya maka perasaan risau akan ditinggalkan muncul.
Ada pendapat menyatakan perasaan ini timbul kerana keadaan diri ibu hamil itu sendiri. Mereka berasa diri gemuk, tidak cantik dan tidak lagi menarik. Justeru keadaan tersebut boleh membuatkan suami berpaling pada wanita lain. Sebenarnya ramai suami berpendapat bahawa isterinya akan makin cantik dan seksi ketika hamil. Namun seiring dengan perkembangan kehamilan, perasaan itu akan hilang dan ramai ibu hamil akan menikmati kebahagian.


Tiga bulan terakhir


Tiga bulan terakhir kehamilan ini adalah bulan yang penuh kegembiraan buat ibu hamil. Janin dalam kandungan sudah cukup kuat dan matang. Keadaan ini menghilangkan perasaan risau mengalami keguguran. Namun begitu ada juga ibu hamil yang berasa gelisah saat ini. Ada yang kerap mengalamun dan berimiginasi, selalunya tentang peranan dan tanggungjawab sebagai ibu yang akan di pegang.
Selain itu, ramai juga kalangan ibu hamil yang dilanda perasaan letih dan bosan dengan kehamilan ketika di akhir kehamilan. Mereka berasa ingin lekas mengakhirinya sekali gus perasaan takut menghadapi proses bersalin. Perasaan sebegini akan lebih kuat dirasai oleh wanita yang kali pertama hamil.
Tak perlu khuatir dengan perasaan ini kerana ia biasa di hadapi ibu hamil. Setelah kehamilan masuk sembilan bulan, sebahagian daripada ibu hamil sudah dapat mengatasi rasa takut bersalin ini. Tapi kadang-kala pertanyaan dari orang sekitar tentang perkara tersebut akan membuatkan perasaan takut itu muncul kembali. Oleh itu ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa berfikiran positif dan menyedari bahawa apa yang anda rasakan itu hanyalah bersifat sementara sahaja. POSITIF!!! POSITIF!!! POSITIF!!




sumber di sini

0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri