Tuesday, June 28, 2011

Cintaku Tertinggal di Tanah Suci



Assalamualaikum dan Salam 1Akidah!

huuuuuu nampaknye tajuk entry mempunyai unsur-unsur kejelesan...lumrah la manusia...menggelupur tengok kebahagiaan orang lain...opss! menggelupur yang positif adalah sangat bagus..maksudnya..lepas menggelupur tu terus tadah tangan doakan kebahagiaan sahabatnya berkekalan....faham ke tidok?? huhuhuuu

eceli saya yang tengah mentensyenkan diri sendiri dalam ofis...esok ada presentation ok..depan semua staff dan pengarah...tinggal sikit je lagi nak siap nih...adooiii...so biasala kalau tensyen, update belog lah..hihiii..*biarla takda orang baca asal dapat luah! pulak tu on pesbuk baca status my sis yang sekarang berada di Madinah..teruusss jeles dan rindukan cinta yang saya tinggal disana...dah masuk 2bulan lebih dah tinggal tuh..tapi rasa macam baru je semalam meninggalkan...TAPI! dalam hati saya tetap ada...insyaAllah ada rezeki tahun depan nak dating lagi...so bersempena dengan meraikan perasaan saya yang tidak ketahuan nih...saya nak bayar hutang yang tertangguh hari tu...disebabkan masalah teknikal yang tak dapat nak dielakkan.. *eceh! entry Ziarah...

Ziarah saya di Kota Mekah mula2 sekali ialah ke Jabal Tsur..moh kita tinjau2 sedikit sebanyak tentang Jabal Tsur ni...

Jabal Tsur atau dalam Melayunya Bukit Tsur memiliki tiga puncak yang bersambungan dan berdekatan. Di salah satu puncak Jabal Tsur itulah terdapatnya Gua Tsur atau Gua Hira'. Gua Hira' merupakan tempat yang dijadikan perlindungan Baginda Rasulullah Muhammad SAW dan sahabatnya, Abu Bakar RA dari kaum kafir Quraisy untuk menyekat baginda ke Madinah dengan tujuan penyebaran agama Islam. Baginda dan sahabat berlindung di dalam Gua Hira' tersebut selama 3hari 3malam dengan bantuan spider baca : labah-labah yang mengaburi mata kaum Quraisy... selanjutnya baca sirah Nabi yang dipinjam di perpustakaan ye..ataupun beli la..benda lain boleh beli..ahaks!

berhajat nak riadah panjat...namun tak kesampaian...xbawak kasut sport..

lepas ke Jabal Tsur ke Jabal Rahmah pulak...sebelum sampai ke Jabal Rahmah ni dalam fikiran saya nak doa untuk jodoh...tapi rupanya saya silap...menurut ustaz yang mengiringi saya dan jemaah, walaupun Jabal Rahmah ni adalah tempat sejarah pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa selepas dicampakkan ke bumi,  tapi tiada doa-doa yang dikhususkan untuk para jemaah..perspektif orang..siapa yang berdoa tentang jodoh kat situ akan dimakbulkan rasanya perlu diperbetulkan...buktinya...


 perlu ke???? semak betul...haisyh!

berduyun-duyun manusia mendaki....

macam biasa...saya pada mulanya berhajat nak turut sama mendaki...tapi memikirkan orang yang terlalu ramai dan masa yang diberi pun terlalu singkat..hanya 15minit...jadikk...lupakan saja hasratmu itu..hohooo...sangat sadis...xpa, insyaAllah ada rezeki berkesempatan lagi..saya nak daki jugak! seterusnya...dalam perjalanan ziarah juga saya sempat lalu kat kawasan Jamrah..iaitu tempat jemaah haji melontar..


bas xberenti time ni..sebab xboleh masuk..dibuka pada musim haji sahaja..
janji dapat tengok dan gambaran untuk ibadah haji nanti...insyaAllah!


Ziarah seterusnya saya ke Muzium...ops...bukan semua jemaah ye dapat masuk muzium ni...prosedurnya sangat ketat..ye la, kalau senang2 nak masuk muzium dah tentu2 padat...alhamdulillah...atas bantuan orang2 tertentu, rezeki saya dan jemaah dapat masuk...itulah untungnya UMRAH BERSAMA SUTRA BISTARI! motip????  


jom tinjau2 apa yang ada kat dalam muzium tu!


 pintu masuk muzium

 5jam saya tunggu depa ni beghalih baca : ketepi nak publisiti murah ka?

 original



telaga air zam-zam

ni antara khazanah2 yang ada dalam muzium..banyak lagi..dan kebanyakan gambar saya main snap2 je..xsempat nak baca untuk apa digunakan..kat mana tempatnya..maklum..masa singkat..jadi gunakan kesempatan sebaiknya..hihiii...lepas cuci mata dalam muzium bersiap ke Hudaibiah pulak untuk miqat umrah...sebelum tu kami singgah di Ladang Unta...singgah kat tepi jalan jerk..kata driver kat Ladang die manusia tersangat ramai...bas xda parking! katenyeeee...so, tepi jalan pun tepi jalanlah..asalkan jumpa unta...


 ok what? xda la sesak2 ramai orang kan?? huhuuuu....

fresh! susu onta sangat sedap!

yang tak tahannya habuk laaa...kena pakai facemask...demimu wahai Onta kesayangan Rasulullah!  =) 
lepas kenyang minum susu unta saya dan jemaah terus ke miqat di Hudaibiah untuk umrah yang seterusnya...


next entry : ziarah sedara di Ka'kiyyah...
menanti kepulangan my sis dari umrah..dijangka tiba hari Jumaat ni..nak ambik berkat & bau Tanah suci!


0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri