Monday, November 1, 2010

~ Ya... Sy punyai anak yg ramai... ~



masih xpercaya??
nah ini buktinya....



















sekadar  renungan ibu2 bapa2 & bakal2 sekalian...


Allah SWT berfirman :
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” 
(asy-Syura: 49-50). 


“Dan orang-orang yang berkata: 
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74). 

doa Nabi Zakaria, 
“Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” 
(ali Imran: 38)

“Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” 
(Maryam: 5-6)

 
Rasulullah SAW bersabda :
“....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta dipertanggungjawabkan”.

 
Baginda SAW juga pernah bersabda :
“Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. 
(Riwayat at-Tirmidzi). 
  
 

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanNYA :


“Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”.  
(at-Tahrim: 6)

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan. 


Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW? 



Renung2kan & Selamat Beramal.....






nota semalam : 
cuzzy yg xsabar2 terjah ke rumahku
xnyempat2...nk bg ole2...
btw...syukran awi2...hihii..
next ole2 yg tlh dirembat org bakal diganti b4 ry haji..
=)
 

0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri