Wednesday, November 10, 2010

~ Jelmaan Saka .....!!! ~






Berita pemuda yang menetak kepala ibunya menggunakan kapak sehingga maut di Felda Chini Timur 1 di sini, kelmarin, memberi alasan berbuat demikian kerana ibunya itu jelmaan saka.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun mengaku menetak ibunya, Che Wa Isa, 57, kerana kononnya mahu menghapuskan saka itu.

Suspek memaklumkan dia mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama mati dan yang hidup sekarang jasad dikuasai saka yang menyerupai ibunya.

Suspek membunuh mangsa kerana mahu menghapuskan saka terbabit dan mempertahankan perbuatannya yang dianggap tindakan betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya.

Suspek juga seorang pendiam dan mempelajari hal berkaitan iblis serta makhluk halus menerusi beberapa buku selain membuat kajian sendiri,  belajar tanpa guru di samping tidak merujuk mereka yang pakar dalam bab berkenaan.


Info ISLAM :

Islam bukan sahaja mencakupi fakta dan kenyataan semata-mata, bahkan ia memerlukan kefahaman yang jelas daripada dada-dada para alim ulama yang mengambil ilmu daripada ulama terdahulu sehinggalah sampai kepada Rasulullah SAW.

Tanpa bimbingan daripada ulama atau guru, jikalau berlaku salah kefahaman ketika membaca, seseorang itu akan terus sesat dengan kefahamannya tadi bahkan terus menyesatkan orang lain pula.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya. - 
 Surah al-Nahl: Ayat 43

Bagi pelajar yang tidak faham sesuatu perkara yang dipelajarinya, mereka boleh terus bertanya kepada guru/ulama untuk mendapatkan penjelasan sehingga terang semuanya.

Sedangkan bagi yang belajar tanpa guru, kefahaman mereka amat terbatas berdasarkan buku yang ada di hadapan mereka semata-mata.

Boleh jadi kefahaman mereka itu betul dan besar kemungkinan juga kefahaman mereka itu salah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. 
Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh Allah Taala. 
Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan empat orang. 
Pertamanya orang yang bertanya. Keduanya guru yang menjawab. 
Ketiganya orang yang mendengar jawapan itu. Keempatnya orang yang cinta kepada mereka - Riwayat Abu Nuaim

Andaikata Islam menggalakkan belajar tanpa guru, mengapakah para ulama terdahulu sanggup merantau dan berpindah-randah demi untuk menuntut dengan ulama yang diyakini?

Bahkan mereka mempunyai ratusan guru yang terdiri daripada alim ulama muktabar, bukankah ini menunjukkan kepentingan berguru di dalam menuntut ilmu agama?

Mungkin ada yang berpendapat, zaman dahulu tidak mempunyai teknologi canggih sepertimana sekarang, disebabkan itulah mereka merantau untuk menuntut ilmu.

Jika benar kenyataan ini, mengapa pula Nabi SAW menyarankan umatnya untuk belajar (anak murid) dan mengajar (guru)?

Bukankah ini menunjukkan bahawa kepentingan menuntut ilmu agama secara berguru?Tidak mungkin segala saranan Nabi SAW ini silap dan tidak mengikuti perkembangan zaman, bukan?Berkata Muhammad bin Sirin (seorang alim di zaman tabien) sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Sahih Muslim karangan Imam Muslim:

Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Maka lihatlah dari siapa engkau mengambil agamamu!






nota tgnku :
TETAMU BAITULLAH...


2 surat cinta:

eima said...

leh tanya pe motif letak pi ikan tuh ...hehe

mayb die ada masalah mental kot..org kate klu baca salah kite rosak mental...

INTAN said...

bila hati tgh runsing...lihat ikan yg berenang2 tu..
hati kita akn tenang..mslh akn dpt diselesaikan dgn bijak dlm keadaan hati yg sdg tenang..
byk kelebihan juga kalau kita bela ikan dlm rumah..
=)

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri