Monday, November 1, 2010

~ Ibu Rela Bunuh Anak Kerana Farmville ~


Realiti dunia akhir zaman......






Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, menggoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.

Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.

Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.

Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sanggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville?

Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?
Hakikatnya ia telah berlaku dan sama-sama lah kita ambil pengajaran. 

Sebagai seorang ibu dan bakal ibu, amat penting bagi kita untuk mempunyai ilmu keibu-bapaan atau parenting dalam usaha kita megharungi cabaran dalam berkeluarga.



sumber artikel dari iluvislam.com






minta dijauhkan dari perkara sebegini..
tidak semestinya dgn bermain farmville
malah dlm setiap situasi sekalipun..
EQ itu penting dlm mengawal emosi..
kerna manusia akan hlg pertimbangan 
jika berada dlm keadaan emosi yg xterkawal
utk renungan bersama entry sy sblum ini....

4 surat cinta:

wonderfuLife♥ ♥ said...

salam ziarah..hehehe..ish..stkt game je pun..manusia akhir zaman~~

INTAN said...

ye...sbg peringatan kpd kita..sesiapa yg punya anak tu walaupun xbunuh tp mengabaikan t/jwb terhadap anak semata2 mengutamakan perkara lain terutamanya perkara2 yg lagha juga 1 penderaan pd anak2..
sy xkwin lg & minta dijauhkan dr bnda2 mcm ni..nk didik anak jd soleh & solehah dr kecik lg..insyaAllah
=)

ann @ hatiberbunga said...

astaghfirullahalazim..

diri sendiri pun, ada temper.. tp blum smpai tahap camni. mmg x masuk akal. mohon dijauhkan.. amin..

.::Lynn::. said...

mak x puas enjoy

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri