Wednesday, October 20, 2010

~ Konsert Mahabah Gaza..... & Palestin...Kami Ada Untukmu.. ~



assalamualaikum
salam 1 Malaysia.... : =D
owh...jam menunjukkan 6.24 am
awl bangun hari ni??
iye....seawal 5am lg dh bangun mandi awl2
takut xde air...
huuuuu.....xpaham betul ngn sistem dunia yg semakin canggih ni
rasa mcm serik plak
maaaakkk!!!! nanti xmau sambung sini dah!!
sambung tempat lain...
obesiiii kaaaa....
hihihiiii....
ok stop melalut bukan2!









berbalik pada tajuk entry...
baru2 ni...15 & 16 Oktober
IPT sy ada anjurkan progam karnival IPT Pantai Timur...
& pada sebelah malamnya di adakan konsert khas
bagi mengutip derma untuk disumbangkan ke tabung Palestin..
harga tiket RM7 & akan trus masuk ke tabung itu
jihad xsemestinya pg sana kan..
kita rakyat Malaysia yg prihatin ni yg mn xmampu nk pg sana
gini la caranya...
walaupun dlm hati niat nk pg 2 mmg ada...







apapun...
setiap sumbangan yg diberikan adalah ikhlas
semata2 untuk saudara kita disana...









saudara Muaz Zulkiifli & Kumpulan Shoutul Harokah dr Indonesia
di datangkan untuk membuat persembahan
selain dr student uniSZA
student UMT & org luar pun turut hadir
memberikan sambutan yang baik...



ckp banyak2 bayar kurang
jom layan je picas2 yg xseberapa dibawah...

Kumpulan Shoutul Harakah


Mas Chandra...


Saudara Muaz...


Barisan Jihad uniSZA
 

bakal sukarelawan AqsaSyarif.....anda bila lg..???











al-Aqsa & Umat Islam

  • Palestin merupakan tanah yg dirahmati Allah dan merupakan kiblat pertama umat Islam sejak solat diwajibkan pada malam Isra' & Mikraj. Sehinggalah Allah memerintahkan Rasulullah SAW menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai kiblat selepas Masjidil Aqsa. Firman Allah yg bermaksud :



"dan dari mana sahaja kamu (Muhammad) berangkat, maka hadapkanlah wajahmu 
ke arah Masjidil Haram. dan dimana sahaja kamu berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya"
al-Baqqrah : 150



  • Palestin merupakan negeri Isra' Mikraj, negera yang istimewa keran telah menjadikan BaitulMaqdis destinasi terakhir perjalanan Isra' dibumi dan permulaan Mikraj ke langit.
  • Terletaknya BaitulMaqdis iaitu kota besar Islam ke3. selepas yg pertama iaitu Mekah dengan adanya Masjidil Haram dan yg ke2 adalah Madinah yg dimuliakan dengan Masjid Nabawi serta makam Rasulullah SAW. Kota besar yg ke3 bg umat Islam adalah Baitul Maqdis yg dimuliakan oleh Allah dengan adanya Masjidil Aqsa (Aqsa as-Syarif) serta kawasan sekelilingnya diberkati.
  • Palestin adalah negeri perjuangan dan dikenali sebagai bumi jihad kerana disitu, terletaknya umat Islam yg teguh berjuang menegakkan kebenaran sehingga hari kiamat.



 
  1. Pada tahun 2002, Irael membina tembok pemisah sepanjang 721km menyebabkan 60 500 rakyat Palestin di 42 kampung dan bandar terpaksa berada di kedudukan 'no-man's-land'. mereka terkurung dan terpisah dari sumber rezeki dan dunia luar.
  2. 2006- Israel melakukan sekatan terhadao Gaza sehingga rakyat Palestin terputus pelbagai bekalan keperluan asas seperti makanan, perubatan, dan pendidikan.
  3. akhir 2008- regim zionis menyerang dan membedil Gaza walaupun dunia bangun menentang. lebih 5ribu terbunuh dan 40ribu cedera parah.











Bumi Palestin dan rakyatnya perlu dibela. Keganasan regim zionis Israel perlu ditentang 
agar kemusnahan dan kezaliman 
dapat dihentikan!



 peace no war.....

0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri