Saturday, May 1, 2010

~Rahsia Sujud Pada Perkembangan Otak Manusia ~

 
Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA)


Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka
otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara
sempurna.
 
Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak
akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika
seseorang itu sujud ketika bersembahyang.
"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di
Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. 
 
Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan
darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.
"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya
dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan.
 
Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk
Islam semasa membuat kajian saraf yang
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
tidak dimasuk darah.
"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya.
Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan
tersebut sehingga ia tidak dapat
diterima oleh akal fikiran.
 
"Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau
telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat
ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.
"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,
madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.
 
Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah
lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal
tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat
keputusan secara normal.
 
"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia
kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan
perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka
mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya
secara lebih normal." tambahnya.



*renung-renungkan....& slamat beramal.... =) *

0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri