Monday, October 12, 2009

doa selepas solat istikharah....


Ya Allah,
sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu,
dengan ilmu-Mu,
aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu.
Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak,
maka sesungguhnya Engkau berkuasa,
aku tidak berkuasa,
Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.
Ya Allah,
jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku
pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang
maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,
jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku
pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang
maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya,
tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya
Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."

(HR At-Tirmizi dan Bukhari)

0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 Blog Ummu Azraa
Theme by Yusuf Fikri